Mencari Rakan Pembina Agenda Aktiviti & Pengisian

TECH-CAMPING: Bina Agenda Kedaulatan Bersama

Pengisian dan agenda aktiviti belum dimuktamadkan lagi. Kami mencari individu kreatif, jurutera, usahawan, dan pemikir yang berminat untuk duduk bersama dan membina modul serta halatuju kedaulatan teknologi & ekonomi dari peringkat asas!

Bagaimana Cara Sertai?

Jika anda mempunyai buah fikiran, pengalaman, atau minat membina gerakan ini, sila WhatsApp terus ke 019-6038891. Kita akan mengatur masa pertemuan fizikal di Markas RAREvolution Engineering untuk berbincang secara berdepan.

Tarikh & masa perbincangan akan diputuskan bersama melalui perbualan WhatsApp.
Gambaran Suasana Tapak

Gambaran Cyber-Camping & Setup Peralatan

Klik atau sentuh mana-mana zon di bawah (Unggun Api, Caravan, Stesen Janakuasa, atau Dish Satelit) untuk melihat perincian setup.

GRID SYSTEM: ONLINE
Solar: 100% Satellite Mesh: Activating
MARKAS MOBIL ZON KHEMAH UNGGUN API & BUALAN STESEN WORKSHOP 99% SOLAR & JANAKUASA RANGKAIAN SATELIT

Unggun Api & Sesi Bualan Santai

Pentas perbincangan malam di mana semua pandangan, idea kedaulatan teknologi, dan strategi ekonomi dikongsikan secara terbuka.

Pusat Pertemuan Fizikal

Markas RAREvolution Engineering

Satu tempat perjumpaan bersemuka disediakan untuk pembina agenda. Kita akan duduk santai, bertukar fikiran, dan merangka modul TECH-CAMPING secara teliti.

Lokasi Perbincangan

Markas RAREvolution Engineering

Koordinat GPS

1.9211825354808818, 102.8519219594575

Masa Pertemuan

Fleksibel & diputuskan melalui perbualan WhatsApp terlebih dahulu.

Markas RAREvolution

Klik butang di bawah untuk membuka navigasi secara langsung ke lokasi perbincangan.

Kepakaran & Sumbangan Idea

Bidang Yang Perlu Dibentuk

Kami tidak membawa modul siap pakai. Kami mahu membina modul ini secara kolektif bersama anda yang mempunyai latar belakang berikut:

Jurutera & Hardware

Merekabentuk pengisian bimbingan perkakasan tempatan, IoT, kuasa solar & pemprosesan mikro mandiri.

Pembangun Perisian

Merangka agenda kesedaran Open-Source, Linux tempatan, rangkaian offline teragih & kedaulatan data.

Pakar Ekonomi & Perniagaan

Menyusun strategi ekosistem perniagaan tempatan, model perkongsian modal & transaksi tanpa monopoli.

Aktivis Komuniti & Acara

Pengurusan tapak perkhemahan, penyusunan atur cara perbincangan *Campfire Pitch* & logistik fizikal.

Sedia Menyumbang Idea & Membina Agenda?

Hubungi peneraju kami terus di WhatsApp untuk penetapan masa perjumpaan di Markas RAREvolution Engineering.